Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, BN Reddy di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini.
Dalam pertemuan itu, Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri mengalu- alukan kunjungan Reddy ke Sabah dan menyatakan harapan agar hubungan baik serta kerjasama yang terjalin di antara kedua pihak dapat ditingkatkan lagi.
Katanya, Sabah mengalu-alukan kedatangan pelabur dan pelancong asing termasuk dari India bagi membantu merancakkan lagi sektor ekonomi dan pelancongan negeri ini.
“Kerajaan negeri akan mempermudahkan kegiatan perniagaan atau ‘ease of doing business’ dan mesra pelabur dalam usaha meningkatkan kegiatan perniagaan serta menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini,” katanya.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.
-Deasoka