Hajiji terima kunjungan hormat penganjur Lumba Perahu Naga, Tourism Malaysia

Kota Kinabalu: Lumba Perahu Naga Antarabangsa Sabah Ketujuh anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) kembali diadakan Julai depan selepas dua tahun ditiadakan berikutan pandemik Covid-19.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bakal merasmikan acara sukan air itu yang turut dimasukkan sebagai antara aktiviti dalam kalendar pelancongan negeri.

Dr Santhara (tengah) memperkenalkan Ednie (kanan) yang mengambil alih tugas Pengarah Tourism Malaysia Sabah kepada Hajiji.

Jemputan untuk merasmikan acara berkenaan disampaikan sendiri Presiden FCAS, Tan Sri TC Goh ketika kunjungan hormat bersama Pengerusi Penganjur Lumba Perahu Naga Antarabangsa Sabah, Datuk Susan Wong di pejabat Hajiji di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Goh turut memberi taklimat kepada Hajiji mengenai persediaan untuk menganjurkan acara berkenaan yang dijadual pada 2 dan 3 Julai depan.

Sementara itu, dalam satu lagi kunjungan hormat berasingan, Hajiji diperkenalkan kepada Pengarah Tourism Malaysia Sabah yang baharu, Ednie Rahma Ab Rahim oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Santhara Kumar.

Ednie menggantikan pengarah sebelum ini, Mohd Faharuddin Hatmin.

Dr Santhara turut memberi taklimat kepada Hajiji mengenai perkembangan semasa pelancongn negara khususnya yang ada kaitan dengan Sabah.

#Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|