Hajiji terima kunjungan hormat MCCC-YEC Cawangan Sabah

Hajiji terima kunjungan hormat MCCC-YEC Cawangan Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan hormat Dewan Perniagaan Cina Malaysia – Jawatankuasa Usahawan Muda (MCCC-YEC) Cawangan Sabah.

Kunjungan hormat di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya itu diketuai pengerusi baharunya, Ar James Wong Kein Peng.

Ar James Wong memperkenalkan Ahli Jawatankuasanya kepada Hajiji ketika kunjungan hormat di Sri Gaya.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi, Shawn Tan; Naib Pengerusi, Wong Oi Yee dan Lim Eng Ming; Bendahari, Terrance Sak Yaw San; Setiausaha Agung, Yee Tsai Yiew dan ahli jawatankuasa lain.

Dalam pertemuan itu, Hajiji menyatakan harapan agar golongan profesional termasuk usahawan muda dapat bersama-sama membantu Kerajaan Negeri GRS-BN menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Sokongan dan penglibatan usahawan muda dan professional amat penting dan dialu-alukan dalam membantu usaha kerajaan membangunkan negeri Sabah.

“Golongan muda perlu terlibat secara langsung dalam merealisasikan Hala Tuju SMJ kerana SMJ adalah untuk rakyat dan negeri,” katanya.

James dan jawatankuasanya juga menzahirkan sokongan kepada Hajiji dan Kerajaan Negeri atas usaha gigih dan komitmen menjayakan Hala Tuju SMJ serta membangun negeri Sabah.

Beliau dipilih menerajui MCCC-YES Cawangan Sabah dalam pemilihan baru-baru ini menggantikan Datuk Dexter Lau yang dilantik sebagai mentor atau penasihat.

James adalah anak kepada Ar Francis Wong yang mempunyai sejarah perkhidmatan awam yang panjang dalam Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK) sehingga dinaik taraf sebagai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|