Hajiji dan isteri hadir Majlis Ceramah Perdana ‘Aidiladha Yang Dirindu’

Hajiji dan isteri hadir Majlis Ceramah Perdana ‘Aidiladha Yang Dirindu’

Tuaran: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Ceramah Perdana ‘Aidiladha Yang Dirindu’ di Dewan Seri Sulaman di sini, malam tadi.

Majlis itu yang menampilkan penceramah jemputan khas, Ustaz Dr Haji Das’ad Latif dari Indonesia, selain persembahan nasyid oleh kumpulan Rabbani dan Ustaz Nazrey Raihan.

Hajiji dan isteri Datin Seri Panglima Juliah Salag bersama
Ustaz Dr Haji Das’ad Latif pada Majlis Ceramah Perdana ‘Aidiladha Yang Dirindu’ di Dewan Seri Sulaman, Tuaran.

Ribuan umat Islam membanjiri kawasan dalam dan luar dewan bagi mendengar ceramah perdana berkenaan yang disampaikan secara santai dengan menyelitkan pesanan-pesanan kepada umat Islam dalam bentuk kisah yang lucu.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Jahid Jahim; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

Hajiji bersama isteri Datin Seri PanglimaJuliah Salag, Ustaz Dr Haji Das’ad Latif bersama jemputan dan umat Islam yang menghadiri Majlis Ceramah Perdana ‘Aidiladha Yang Dirindu’ di Dewan Seri Sulaman, Tuaran.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|