Gempa bumi berukuran 5.6 skala Richter di selatan Filipina

Kota Kinabalu: Satu kejadian gempa bumi dilaporkan berlaku di rantau kepulauan Filipina sehingga menggegarkan wilayah Davao, di negara jiran berkenaan.

Perkara itu disahkan Pengarah METMalaysia Sabah, Amirzudi Hashim ketika dihubungi bagi mendapatkan maklumat kejadian gempa bumi berukuran 5.6 skala Richter, pada jam 5.41 pagi tadi.

Amirzudi berkata, susulan laporan kejadian itu, pihaknya sudah melakukan pemantauan khususnya di beberapa daerah di kawasan Pantai Timur Sabah.

Bagaimanapun katanya, sehingga jam 1.30 petang tadi, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat insiden atau aduan dari penduduk sekitar.

“Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah yang beroperasi selama 24 jam turut memantau kejadian gempa bumi ini selepas laporan diterima.

“Namun sehingga kini, kita tidak menerima sebarang panggilan daripada mana-mana pihak berhubung kesan kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Untuk rekod, kejadian gempa bumi berkenaan dilaporkan berlaku pada kedalaman 71 kilometer (km), kira-kira 158 km timur wilayah Davao Oriental.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|