DUN Sabah: Status ‘Bandaraya’ Sandakan selepas pindaan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961

DUN Sabah: Status ‘Bandaraya’ Sandakan selepas pindaan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri akan membuat pindaan terhadap Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 sebelum menaik taraf status Sandakan sebagai sebuah bandar raya.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Isnin Alisnih, berkata pindaan itu akan dibuat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kali ini.

“Pindaan-pindaan yang perlu kepada Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 untuk tujuan menaik taraf tersebut akan dibentangkan dalam sidang DUN ini,” katanya pada sesi soal jawab Persidangan DUN Sabah, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Frankie Poon Ming Fung (DAP – Tanjung Papat) berhubung cadangan menaik taraf status Sandakan kepada bandar raya.

Isnin berkata, perbincangan mengenai perkara itu sudah dibuat di antara pihak kementerian dengan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

“Pelan Tindakan Ke Arah Bandaraya telah disediakan oleh MPS. Ini bagi memastikan pelaksanaan ke arah bandaraya kelak dapat dilaksanakan secara teratur dan memenuhi kriteria yang ditetapkan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|