Dua lelaki warga asing ditahan miliki senapang guli

Dua lelaki warga asing ditahan miliki senapang guli

Tawau: Dua lelaki warga asing ditahan kerana memiliki senapang guli buatan sendiri dalam serbuan di sebuah rumah di Ladang Binuang Benta Wawasan Kelabakan, kelmarin.

Suspek masing-masing berusia lingkungan 30 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Kalabakan bersama anggota keselamatan Benta Wawasan Sdn Bhd, kira-kira 2 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil pemeriksaan menemui satu laras senapang guli yang disembunyi dan disimpan dalam rumah berkenaan.

“Kedua-dua suspek adalah warga asing yang memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan diri yang sah.

“Suspek bersama rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untui tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|