Dua cedera, kereta terbabas masuk gaung

Dua cedera, kereta terbabas masuk gaung

Ranau: Seorang pemandu dan dua penumpang berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung setinggi 30 meter, di Kampung Sinirut Baru, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, dua daripada mangsa cedera manakala seorang lagi terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Pasukan operasi bomba membawa mangsa keluar daripada gaung setinggi 30 meter.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.19 pagi.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Ranau untuk tindakan selanjutnya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kemalangan didapati membabitkan sebuah kereta Naza Sutera dan semua mangsa berusia 50 hingga 61 tahun terbabit masih berada di bawah bukit.

“Pasukan bomba terus menjalankan operasi untuk membawa naik semua mangsa terlibat sebelum diberikan rawatan awal,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Ranau menggunakan jentera EMRS dan kenderaan orang awam.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.18 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|