Covid-19 Sabah: Pelajar asrama SMK Tambunan cetus Kluster Jalan Kepayan Lama

Covid-19 Sabah: Pelajar asrama SMK Tambunan cetus Kluster Jalan Kepayan Lama

Kota Kinabalu: Seorang pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan mencetuskan kluster baharu Covid-19 berkaitan institusi pendidikan yang dilaporkan di dearah Tambunan, hari ini.

Kluster Jalan Kepayan Lama itu tercetus selepas pelajar berumur 18 tahun berkenaan didapati positif Covid-19 setelah menjalani ujian kendiri dan ujian pengesahan Covid-19 RTK-Antigen kerana bergejala.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata ujian saringan kemudiannya dibuat ke atas kontak rapat dalam kalangan rakan seasrama dan mendapati seramai 34 orang lagi didapati positif jangkitan virus berkenaan.

“Siasatan lanjut yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menunjukkan setakat ini jangkitan dan penularan virus terhad dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama yang sama.

“Semua pelajar yang terlibat telahpun diasingkan untuk rawatan yang sesuai,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Masidi berkata, sehingga hari ini kluster berkenaan mencatat 36 kes positif Covid-19 termasuk 34 kes yang dilaporkan pada hari ini.

Katanya, kluster berkenaan sekali gus menyebabkan kes jangkitan di Tambunan melonjak mendadak ke tangga kedua dengan 36 kes, manakala Kota Kinabalu kekal penyumbang tertinggi jangkitan baharu dengan 47 kes, hari ini.

Secara keseluruhan, katanya kedudukan kes harian di Sabah bertambah baik hari ini kecuali Tambunan dengan jumlah kes baharu sebanyak 213, susut 52 kes berbanding semalam.

“Kota Kinabalu mencatat 47 kes baharu dengan penyusutan 23 kes berbanding semalam tetapi kekal penyumbang kes harian tertinggi di negeri ini.

“Daerah Tambunan menjadi penyumbang kedua tertinggi hari ini dengan 36 kes, di mana 34 daripada kes tersebut datang daripada satu kluster baharu, iaitu Kluster Jalan Kepayan Lama,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 209 daripada 213 kes yang direkodkan hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala empat kes dalam Kategori 3 dan tiada kes baharu dalam Kategori 4 dan 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 16 Januari 2022
Sabah 213 (265)

Kota Kinabalu 47 (70)
Tambunan 36 (3)
Penampang 18 (19)
Tuaran 18 (19)
Putatan 15 (13)
Papar 14 (23)
Ranau 11 (23)
Tawau 11 (8)
Sandakan 7 (10)
Kota Marudu 6 (5)
Keningau 6 (13)
Tenom 6 (6)
Kota Belud 5 (18)
Beaufort 4 (10)
Kuala Penyu 3 (6)
Beluran 3 (4)
Telupid 1 (0)
Sipitang 1 (4)
Pitas 1 (0)
Semporna 0 (1)
Lahad Datu 0 (5)
Kinabatangan 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Tongod 0 (3)
Kalabakan 0 (0)
Kudat 0 (2)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 15 Januari 2022

Kluster Baharu
Kluster Jalan Kepayan Lama Tambunan, Tambunan, 36 (+34) (Institusi Pendidikan)

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|