Covid-19 Sabah: Pekerja hotel cetus kluster di Kundasang

Covid-19 Sabah: Pekerja hotel cetus kluster di Kundasang

Kota Kinabalu: Satu kluster baharu berkaitan jangkitan di tempat kerja direkodkan di daerah Ranau hari ini membabitkan pekerja sebuah hotel di Kundasang.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Kluster Jalan Kem Bina itu tercetus selepas seorang pekerja Hotel Perkasa, Kundasang dikesan positif Covid-19.

“Pekerja terbabit dikesan positif melalui saringan bergejala. Saringan yang dibuat dalam kalangan kontak rapat kemudian mendapati 39 orang lagi positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Sehingga kini, kluster berkenaan merekodkan sebanyak 40 kes positif Covid-19 termasuk enam kes yang dilaporkan pada hari ini.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, berkata kedudukan kes harian di Sabah kekal stabil dan tidak banyak berubah berbanding semalam.

“Terdapat sedikit penurunan sebanyak empat kes berbanding semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu di Sabah hari ini sebanyak 161 kes.

“Kota Kinabalu kekal daerah dengan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 37 kes, diikuti Penampang (19 kes), Tuaran (19 kes), Kota Belud (19 kes), Ranau (17 kes) dan Keningau (12 kes),” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan enam daerah mencatat kes dua angka, 11 daerah mencatat kes satu angka dan 10 daerah lagi tidak merekodkan sebarang kes baharu.

“Sejumlah 157 daripada 161 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala tiada kes dalam Kategori 3, tiga kes dalam Kategori 4 serta satu kes dalam Kategori 5,” katanya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 3 Januari 2022
Sabah 161 (165)

Kota Kinabalu 37 (33)
Penampang 19 (19)
Tuaran 19 (8)
Kota Belud 19 (19)
Ranau 17 (17)
Keningau 12 (5)
Tambunan 7 (4)
Papar 7 (10)
Sandakan 4 (4)
Tenom 4 (2)
Tawau 3 (11)
Putatan 3 (4)
Kudat 3 (4)
Kuala Penyu 2 (3)
Kota Marudu 2 (10)
Beaufort 2 (5)
Pitas 1 (0)
Semporna 0 (0)
Beluran 0 (1)
Telupid 0 (1)
Lahad Datu 0 (2)
Kinabatangan 0 (1)
Kunak 0 (2)
Nabawan 0 (2)
Sipitang 0 (0)
Tongod 0 (0)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 2 Januari 2022

Kluster Baharu
Kluster Jalan Kem Bina,
Ranau 40(+6)
(Tempat Kerja)

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|