Covid-19 Sabah: Kes turun, tapi masih tinggi

Covid-19 Sabah: Kes turun, tapi masih tinggi

Kota Kinabalu: Jangkitan baharu Covid-19 di Sabah turun ke paras bawah 4,000 dengan 3,971 kes hari ini membabitkan penyusutan 435 kes berbanding 4,406 kes semalam.

Bagaimanapun, jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata jumlah kes baharu yang dicatatkan masih tinggi.

Katanya, sebanyak 13 daerah merekodkan kes baharu tiga angka dengan jumlah tertinggi di Kota Kinabalu iaitu 735 kes, diikuti Penampang (516 kes), Tuaran (410 kes), Tawau (338 kes) dan Papar (320 kes).

“Selebihnya ialah Sandakan (198 kes), Keningau (155 kes), Kota Belud (154 kes), Beaufort (153 kes), Putatan (150 kes), Kota Marudu (135 kes), Lahad Datu (129 kes) dan Ranau (105 kes).

“Sebanyak 12 daerah lain merekodkan kes dua angka, manakala Kudat dan Kalabakan satu angka, masing-masing sembilan dan tujuh kes,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 15 daerah mencatat penurunan jumlah kes harian dengan jumlah agak banyak dicatat di Kota Kinabalu (-342 kes), Papar (-131 kes), Nabawan (-54 kes), Ranau (-49 kes), Keningau (-37 kes) dan Tambunan (-33 kes).

Bagaimanapun, katanya peratusan jangkitan sporadik atau kes bergejala masih sangat tinggi, iaitu 67.4 peratus, menjadi petanda bahawa kes baharu boleh bertambah secara mendadak pada bila-bila masa.

“Sebanyak 99.09 peratus atau 3,935 daripada 3,971 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala 12 kes dalam Kategori 3, diikuti 17 kes dalan Kategori 4 dan tujuh kes dalam Kategori 5,” katanya.

Mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), Masidi berkata setakat ini Sabah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 32,047 kanak-kanak daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang layak untuk divaksin.

Tambahnya, sebanyak 505 kes baharu Covid-19 hari ini membabitkan kanak-kanak berumur bawah 11 tahun yang belum divaksin dengan 209 kes adalah kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin iaitu berumur di bawah lima tahun.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 23 Februari 2022
Sabah 3,971 (4,406)

Kota Kinabalu 735 (1,077)
Penampang 516 (515)
Tuaran 410 (402)
Tawau 338 (211)
Papar 320 (451)
Sandakan 198 (151)
Keningau 155 (192)
Kota Belud 154 (153)
Beaufort 153 (182)
Putatan 150 (88)
Kota Marudu 135 (88)
Lahad Datu 129 (85)
Ranau 105 (154)
Tenom 63 (72)
Pitas 59 (37)
Kuala Penyu 57 (83)
Sipitang 52 (77)
Beluran 42 (59)
Telupid 41 (38)
Kunak 32 (31)
Tongod 32 (53)
Nabawan 27 (81)
Tambunan 19 (52)
Kinabatangan 19 (15)
Semporna 14 (18)
Kudat 9 (31)
Kalabakan 7 (10)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 22 Februari 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|