Covid-19 Sabah: Kes baharu naik lagi hari ini

Covid-19 Sabah: Kes baharu naik lagi hari ini

Kota Kinabalu: Jangkitan Covid-19 Sabah bertambah 61 kes lagi kepada 769 kes hari ini, berbanding 708 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata walaupun beberapa daerah mencatat penurunan seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran, namun hanya dalam jumlah yang kecil.

Keadaan itu, katanya tidak dapat mengimbangi kenaikan kes baharu di daerah lain.

“Kebiasaannya kedudukan kes harian di ketiga-tiga daerah ini menjadi penentu kepada pergerakan turun naik jumlah kes harian bagi negeri Sabah.

“Hari ini daerah Papar, Beaufort, Kota Belud, Keningau, Tambunan dan Putatan adalah antara penyumbang kepada jumlah kes yang lebih tinggi di Sabah berbanding semalam,” katanya.

Masidi berkata, sebanyak 754 atau 98.05 peratus daripada 769 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, lima kes dalam Kategori 3, empat kes dalam Kategori 4 dan enam kes dalam Kategori 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 17 Mac 2022
Sabah 769 (708)

Kota Kinabalu 175 (202)
Penampang 66 (70)
Tuaran 64 (70)
Papar 60 (32)
Beaufort 57 (47)
Tawau 48 (41)
Kota Belud 33 (16)
Keningau 31 (22)
Tambunan 29 (19)
Putatan 28 (19)
Sandakan 23 (23)
Kota Marudu 23 (22)
Kuala Penyu 20 (8)
Ranau 16 (5)
Tenom 15 (19)
Beluran 13 (15)
Sipitang 12 (32)
Lahad Datu 11 (9)
Pitas 9 (7)
Kudat 9 (10)
Kinabatangan 8 (8)
Tongod 6 (1)
Telupid 5 (4)
Nabawan 3 (3)
Kalabakan 3 (2)
Kunak 2 (2)
Semporna 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 16 Mac 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|