
Kota Kinabalu: Selepas mencatat kenaikan agak tinggi jangkitan Covid-19 semalam, Sabah kembali merekodkan penurunan dengan sebanyak 198 kes kepada 1,154 kes, hari ini.
Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, bagaimanapun berkata peratusan kes bergejala yang berpunca daripada jangkitan sporadik kekal tinggi dengan 60.4 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.
“Kes bergejala secara konsisten menjadi kategori kes terbanyak di kebanyakan daerah di Sabah. Hari ini 21 daripada 27 daerah merekodkan kes bergejala atau jangkitan sporadik sebagai penyumbang utama kes baharu,” katanya dalam kenyataan, petang ini.
Sementara itu, Masidi berkata, satu kluster tempat kerja iaitu Kluster Persiaran Palma melibatkan lokaliti Tuaran, Papar dan Penampang diisytiharkan tamat hari ini, menjadikan 30 kluster lagi masih aktif di Sabah.
Katanya, hanya dua daerah mencatat kes tiga angka hari ini iaitu Kota Kinabalu (265 kes) dan Papar (109 kes).
“Sebanyak 19 daerah lagi mencatat kes dua angka, diikuti empat daerah dengan kes satu angka iaitu Nabawan, Kunak, Tongod dan Kalabakan, manakala daerah Semporna menjadi daerah tunggal tidak mencatat sebarang kes baharu,” katanya.
Masidi berkata, 1,138 atau 98.61 peratus daripada 1,352 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, diikuti tujuh kes dalam Kategori 3, lima kes dalam Kategori 4 dan empat kes lagi dalam Kategori 5.
Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:
Covid Update 10 Mac 2022
Sabah 1,154 (1,352)
Kota Kinabalu 265 (365)
Papar 109 (111)
Tuaran 91 (113)
Beaufort 86 (48)
Sandakan 76 (48)
Penampang 65 (119)
Keningau 57 (64)
Putatan 40 (30)
Tawau 39 (47)
Kota Marudu 36 (33)
Kuala Penyu 35 (38)
Sipitang 33 (36)
Lahad Datu 29 (39)
Kota Belud 27 (38)
Tenom 25 (58)
Tambunan 20 (33)
Kudat 20 (18)
Beluran 18 (13)
Ranau 18 (36)
Pitas 16 (18)
Kinabatangan 14 (8)
Telupid 11 (4)
Nabawan 9 (12)
Kunak 7 (6)
Tongod 5 (12)
Kalabakan 3 (3)
Semporna 0 (2)
Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 9 Mac 2022
-Deasoka