
Kota Kinabalu: Jangkitan Covid-19 di Sabah tidak banyak berubah dengan sebanyak 1,176 kes dilaporkan hari ini berbanding 1,154 kes semalam, hanya bertambah 22 kes.
Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata secara perbandingan hanya 12 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini.
Katanya, perubahan jumlah kes harian berbanding semalam pada pada julat yang kecil kecuali di Kota Kinabalu (+91) dan Penampang (+74) yang mencatat peningkatan agak tinggi, manakala Beaufort (-58) dan Sandakan (-47) menunjukkan penurunan agak signifikan.
“Kita boleh simpulkan bahawa peningkatan dan penurunan kes harian di beberapa daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran banyak mempengaruhi jumlah kes harian yang dilaporkan setiap hari.
“Sebanyak 64.54 peratus daripada semua kes hari ini adalah kes jangkitan sporadik dan penyumbang utama kes baharu di 24 daripada 27 daerah di Sabah,” katanya dalam kenyataan, petang ini.
Masidi berkata tiga daerah mencatat kes tiga angka hari ini iaitu Kota Kinabalu sebanyak 356 kes, diikuti Penampang (139 kes) dan Papar (105 kes).
Katanya, sebanyak 18 daerah lagi mencatat kes dua angka dan enam daerah pula mencatat kes satu angka iaitu Kinabatangan, Nabawan, Kunak, Tongod, Semporna dan Kalabakan.
“Sebanyak 1,154 atau 98.13 peratus daripada 1,176 kes baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, sembilan kes dalam Kategori 3, diikuti 10 kes dalam Kategori 4 dan tiga kes dalam Kategori 5,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, satu kluster institusi pendidikan diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Terusan, yang membabitkan lokaliti di SMK Terusan, Lahad Datu menjadikan baki kluster masih aktif di seluruh Sabah sebanyak 29 kluster.
Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:
Covid Update 11 Mac 2022
Sabah 1,176 (1,154)
Kota Kinabalu 356 (265)
Penampang 139 (65)
Papar 105 (109)
Tuaran 81 (91)
Tawau 49 (39)
Tambunan 35 (20)
Sipitang 35 (33)
Lahad Datu 34 (29)
Tenom 34 (25)
Putatan 34 (40)
Kota Belud 32 (27)
Ranau 31 (18)
Sandakan 29 (76)
Beaufort 28 (86)
Keningau 26 (57)
Kota Marudu 22 (36)
Kuala Penyu 21 (35)
Pitas 19 (16)
Telupid 16 (11)
Beluran 15 (18)
Kudat 14 (20)
Kinabatangan 8 (14)
Nabawan 5 (9)
Kalabakan 3 (3)
Kunak 2 (7)
Tongod 2 (5)
Semporna 1 (0)
Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 10 Mac 2022
-Deasoka