Cerai isteri kerana sering dihidangkan mi segera

New Delhi: Seorang lelaki sanggup menceraikan isterinya hanya kerana dihidangkan mi segera untuk setiap hidangan sejak berkahwin.

Itu antara kes perceraian yang dinyatakan Hakim Mahkamah Sesyen ML Raghunath ketika menjadi hakim daerah di Ballari, di sini, dalam temuramah bersama Portal India Times, baru-baru ini.

Raghunath berkata, selaku hakim daerah, ia adalah tempat di mana pasangan memfailkan perceraian atas isu kecil.

“Suami kata isterinya tidak tahu menyediakan makanan selain mi segera.

“Mi segera disediakan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Dia mengadu isterinya ke kedai runcit dan hanya membeli mi segera,” katanya.

Ragunath berkata, pasangan itu akhirnya bercerai atas persetujuan bersama.

Katanya, menyelesaikan pertikaian perkahwinan adalah sukar dan kebanyakan pasangan bersetuju kembali bersama kerana memikirkan masa depan anak-anak mereka.

“Kami menggunakan sentimen untuk membawa kompromi dalam kalangan pasangan dan menyatukan semula mereka. Ia lebih kepada masalah psikologi, berbanding (masalah) fizikal.

“Dalam kebanyakan kes, walaupun pasangan bersatu semula, kesan pertikaian mereka kekal.

“Daripada 800 hingga 900 kes perkahwinan, kami berjaya selesaikan antara 20 hingga 30 kes,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|