Bung Moktar sambut baik kenyataan Hajiji GRS-BN

Bung Moktar sambut baik kenyataan Hajiji GRS-BN

Kota Kinabalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung kerajaan negeri kini dikenali Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, perkara paling penting ketika ini adalah untuk membangunkan rakyat dan Sabah.

“Selaku Ketua UMNO Sabah dan Pengerusi BN Sabah, saya mengalu-alukan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang juga selaku Pengarusi GRS.

“Apa yang penting ialah kerajaan hari ini dapat dan boleh membangun rakyat dan negeri Sabah, saya yakin kerajaan GRS-BN mampu melakukan yang terbaik untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook rasminya hari ini.

Hajiji hari ini di Tamparuli, Tuaran memaklumkan bahawa kerajaan Sabah kini dikenali sebagai GRS-BN.

Beliau turut senada dengan cadangan Bung Moktar yang juga timbalannya mengulangi pendirian bahawa GRS yang ditubuhkan adalah hasil daripada kerjasama dengan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|