Bung Moktar hadir majlis perkahwinan Ketua Puteri UMNO Kinabatangan

Sandakan: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin semalam menghadiri majlis perkahwinan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kinabatangan, Norhhamiza Tinih dan pasangannya, Asman Mali di Sabah Hotel, di sini.

Bung Moktar merenjis pasangan pengantin.

Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah dan Ketua Umno Kinabatangan meluangkan masa lebih dua jam pada majlis itu untuk beramah mesra dengan keluarga pengantin dan tetamu.

Bung Moktar (tengah) bersama pemimpin UMNO Sabah yang hadir ke majlis perkahwinan Ketua Puteri UMNO Kinabatangan.

Majlis resepsi pasangan berkenaan berlangsung meriah dengan tetamu turut mengambil peluang bergambar bersama Bung Moktar dan beberapa anggota Kabinet serta pemimpin UMNO Sabah yang hadir.

Bung Moktar bersama ahli keluarga pengantin.

Antara anggota Kabinet yang hadir memeriahkan majlis itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang juga Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan; Menteri Pelancongan, Kebududayaan dan Alam Sekitar Sabah yang juga Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Arifin; Pembantu Menteri Kewangan negeri, Jasni Daya; Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Raime Unggi dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Datuk Dr Fadilah Sabri.

Majlis berkenaan turut dihadiri pemimpin UMNO Bahagian Kinabatangan serta ahli keluarga pengantin.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|