Buka sempadan: Tune Hotels sedia terima tetamu dari seluruh dunia

Buka sempadan: Tune Hotels sedia terima tetamu dari seluruh dunia

Sepang: Tune Hotels bersedia untuk menerima tetamu dari seluruh dunia berikutan pengumuman kerajaan yang akan membuka pintu sempadan negara bermula 1 April depan.

Tune Hotels dalam satu kenyataan berkata, saat yang dinanti-nantikan hampir tiba dan sudah pasti ramai yang mula merancang untuk bercuti bersama yang tersayang di luar negara.

Tune Hotels bersedia menerima pelawat antarabangsa dengan menawarkan tempat penginapan selesa kepada tetamu di semua cawangannya.

“Malaysia turut mengalu-alukan kedatangan pelawat antarabangsa dan menjadikan keunikan Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum sebagai daya tarikan bagi pelancongan luar negara.

“Setibanya 1 April ini, Tune Hotels bersedia menerima pelancong dari seluruh pelosok dunia dengan tangan terbuka,” kata kenyataan itu.

Tune Hotels yang mempunyai lapan cawangan di seluruh negara memberikan tawaran dan penjimatan yang hebat tanpa mengabaikan keperluan dan keselesaan tetamu.

Bilik penginapan yang ditawarkan di Tune Hotel KLIA2 sesuai untuk tetamu berehat selepas melalui penerbangan yang panjang.

“Dengan pelancaran yang diumumkan baru-baru ini, ‘Kempen Travel Malaysia’ pelancong domestik boleh menikmati ‘Cuti-Cuti Malaysia’ pada kadar yang berpatutan dan terjamin.

“Pakej ini disediakan secara eksklusif yang boleh didapati di laman web Tunehotels.com sahaja dengan tawaran harga bilik serendah RM65 menjadikannya sebagai hotel yang sempurna untuk pelancong mencari tempat penginapan yang selesa sepanjang percutian mereka,” katanya.

Tune Hotels merupakan pilihan terbaik tidak kira sama ada bagi mereka yang datang melancong untuk membeli-belah, perniagaan mahupun rekreasi.

“Tune Hotels adalah hotel yang lengkap dengan semua kemudahan asas dan juga mempunyai lokasi strategik di seluruh Malaysia yang terletak di pusat bandar sesuai dijadikan sebagai hotel yang ideal untuk penginapan bagi semua pelancong.

“Dari utara ke selatan, pelancong boleh menikmati makanan yang enak dan mudah didapati kerana lokasi Tune Hotel George Town, Pulau Pinang yang strategik.

“Pelancong di Tune Hotel Waterfront Kuching di Sarawak pula boleh menikmati pusat beli belah yang terdekat dan juga pusat hiburan malam yang terletak di pusat bandar manakala Tune Hotel 1Borneo di Kota Kinabalu juga terletak berhampiran dengan pusat beli belah yang terbesar iaitu 1Borneo Mall.

“Pelancong tidak perlu risau kerana pakej membenarkan bayaran dilakukan setibanya di hotel, pembatalan tempahan secara percuma dan yang paling penting, daftar masuk dan keluar adalah mengikut kesesuaian masa tetamu,” katanya.

Sementara itu, bagi pelancong yang ingin mendapatkan tempat untuk berehat sementara menunggu penerbangan seterusnya boleh berehat di Tune Hotel KLIA2 yang mengambil masa kurang dari 10 minit perjalanan dari lapangan terbang ke hotel.

“Tune Hotel KLIA2 yang telah menerima anugerah Hotel Airport Terbaik di Asia 2019 & 2020 menawarkan pakej menarik seperti penggunaan bilik seharian dan juga semalaman untuk memenuhi keperluan semua jenis pelancong.

“Mereka yang ingin menjamu selera dijemput ke restoran MAKAN untuk bersantai di ruang yang lapang selain sebuah bar MINUM yang untuk mengimbas kembali zaman nostalgia tetamu.

“April ini, MAKAN turut menawarkan menu istimewa sepanjang bulan Ramadan dengan bertemakan ‘Warisan Kampung’ dengan harga set menu yang bermula dari RM50 seorang, pilihan buffet juga boleh disediakan untuk kumpulan yang lebih besar.

“Menu ini akan bermula pada 2 April sehingga 15 Mei depan dengan bercirikan pelbagai aneka makanan tradisional Melayu yang boleh dikongsi bersama keluarga serta rakan-rakan tersayang seperti konsep Bazar Ramahan di ruang lapang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|