Buang yang keruh: Setiausaha Penerangan UMNO Sabah

Buang yang keruh: Setiausaha Penerangan UMNO Sabah

Kota Kinabalu: Konteks pindaan perlembagaan yang dimetrai dalam Persidangan Agung UMNO (PAU) Khas di ibu negara hari ini perlu dihayati sebaik mungkin oleh akar umbi di negeri ini.

Setiausaha Penerangan UMNO Sabah, Ibrahim Dzul Aklamat dalam satu kenyataannya hari ini berkata, sudah tiba masanya para pemimpin dan ahli-ahli parti untuk membawa pendekatan buang yang keruh, ambil yang jernih sebagai usaha memperkuat asas parti.

Jelasnya, asas pindaan berkenaan secara tidak langsung akan membawa kepada kestabilan dalam usaha mendepani cabaran Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tidak lama lagi.

“Buang yang keruh dan ambil yang jernih muafakat ahli dari semua peringkat cawangan, bahagian, negeri mahu pun pusat sangat di tagih bagi membantu calon-calon UMNO yang bakal bertanding di kawasan masing-masing.

“Persefahaman dikalangan semua ahli harus agar tiada unsur sabotaj kepada calon yang akan merugikan parti kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai PAU Khas yang diadakan di ibu negara, petang tadi.

Dalam pindaan perlembagaan tersebut, tempoh pemilihan parti telah dilanjutkan sebagai memberi ruang pengukuhan parti menjelangnya PRU15.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|