Bot rosak, enam pekerja resort berjaya diselamatkan

Semporna: Enam pekerja sebuah resort di daerah ini, diselamatkan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, selepas bot mereka mengalami kerosakan, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebuah bot rosak di perairan Resort singgahmata, jam 7.38 malam.

Bot dinaiki pekerja sebuah resort yang mengalami kerosakan di perairan Semporna.

Katanya, menurut pemanggil sebuah bot pelancong milik sebuah resort dan tiada pelancong hanya enam pekerja resort terbabit.

“Setibanya pasukan bomba ditempat kejadian, semua mangsa dalam keadaan baik dan selamat sebelum dipindahkan ke Bot Kevlar Bomba.

“Seterusnya semua mangsa dihantar ke Jeti Pelancongan, Semporna,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Operasi ditamatkan jam 8.22 malam tadi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|