Bot mencurigakan ditahan bersama petrol, minyak masak

Sandakan: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan menahan dua bot membawa barang kawalan tanpa permit dalam kejadian di kawasan pesisir pantai Kampung Bakau, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Sandakan, Wilayah 4 Sabah berkata, pihaknya menahan dua bot itu terapung dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemui barang kawalan iaitu petrol dan minyak masak.

“Semua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya.

“Nilai rampasan termasuk bot dan enjin berjumlah RM44,757.50,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Rusdin berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“PPM amat menggalakkan masyarakat pesisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada pihaknya.

“Maklumat boleh disalurkan menerusi aplikasi WhatsApp PPM Wilayah Empat Sabah di talian 013-9391197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga serta terkawal,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|