Lahad Datu: Seekor anjing yang terperangkap di dalam lubang diselamatkan pasukan bomba di Tamaco Plantation Jalan Kimbell, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 7.29 pagi itu, anjing berkenaan terperangkap di lubang sedalam kira-kira 4.5 meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, sebaik terima laporan sepasukan anggota dikejar ke lokasi.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat seekor anjing terperangkap dalam lubang utama sedalam anggaran 4.5 meter.
“Pasukan bomba bertindak menurunkan seorang anggota ke dalam lubang sebelum bertindak membantu mengeluarkan anjing itu untuk dinaikkan ke atas,” katanya.
Katanya lagi, operasi ditamatkan pada jam 7.54 pagi selepas anjing berkenaan berjaya diselamatkan.
-Deasoka