Bomba, polis tenangkan lelaki ancam bakar rumah

Bomba, polis tenangkan lelaki ancam bakar rumah

Sandakan: Seorang lelaki terpaksa ditenangkan selepas mengancam untuk membakar rumahnya dalam kejadian di Kampung Jawa 2, Rancangan Sungai Manila, Batu 12, di sini, hari ini.

Lelaki terbabit berjaya ditenangkan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pasukan bomba berjaya menenangkan pemilik rumah yang mengancam membakar rumah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.11 pagi.

Katanya, seramai 17 pegawai dan anggota bersama dua jentera BBP Sandakan dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran hanya membabitkan barangan perabot di beranda rumah dan tidak melibatkan struktur rumah.

“Tiada operasi pemadaman dijalankan tetapi pasukan bomba bersedia ke lokasi kerana pemilik rumah dipercayai mengancam untuk membakar rumah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba bersama PDRM kemudian cuba menenangkan lelaki terbabit di lokasi kejadian.

“Lelaki itu berjaya ditenangkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.02 petang tadi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|