BN Sabah sudah sedia hadapi PRU-15

BN Sabah sudah sedia hadapi PRU-15

Tawau: Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah sudah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada bila-bila masa.

Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan berkata BN dan UMNO Sabah hanya menunggu pembubaran Parlimen dan arahan untuk turun ke gelanggang.

“Berhubung dengan jumlah kerusi yang bakal ditandingi, kita akan tunggu dan ia akan diumumkan,” katanya ditemui selepas merasmikan Karnival Kerjaya Perdana Peringkat Daerah Tawau 2022, di sini, hari ini.

Sementara itu, Yakub yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, dakwaan penarikan sokongan dalam kerajaan oleh Perikatan Nasional (PN) ketika ini hanya bersifat khabar angin dan belum ada keputusan sahih mengenainya.

“Kita mendapat maklumat kononnya PN akan menarik sokongan daripada kerajaan tetapi setakat ini belum ada mesyuarat khas yang dilaporkan untuk membuat keputusan daripada pihak PN itu sendiri

“Jadi apa yang kita dapat hanya khabar melalui media sosial, justeru kita tunggu apa yang berlaku seterusnya sama ada perkara itu benar atau sebaliknya,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|