Beberapa lokasi di Sandakan dilanda banjir kilat

Beberapa lokasi di Sandakan dilanda banjir kilat

Sandakan: Beberapa jalan utama di daerah ini sukar dilalui kenderaan selepas dinaiki air banjir kilat, sejak pagi tadi.

Pasukan bomba dan penyelamat melakukan pemantauan di kawasan yang dinaiki air. Pix Ihsan Bomba

Antara tempat yang dilaporkan tidak boleh dilalui adalah di kawasan Sundang Darat, Jalan Ulu Sibuga, Gum Gum Sri Mais Batu 16, Kampung Pertanian Garinono dan Gum Gum Besar, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima makluman kejadian berkenaan pada jam 6.17 pagi.

Setakat ini, tiada sebarang pemindahan perlu dilakukan namun pasukan bomba akan terus menjalankan pemantauan berikutan hujan berterusan. Pix Ihsan Bomba

Katanya, pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi pemantauan di kawasan terlibat bagi memastikan tindakan cepat dapat diambil sekiranya diperlukan.

“Setakat ini, tiada operasi pemindahan dijalankan dan keadaan air juga masih berada pada paras terkawal.

Antara kawasan yang dinaiki air banjir kilat, sejak pagi tadi.

“Bagaimanapun, JBPM akan melakukan pemantauan secara berkala sekiranya hujan berterusan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|