Bantuan kecemasan selamatkan kru kapal RIG Sapura

Bantuan kecemasan selamatkan kru kapal RIG Sapura

Labuan: Pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), melancarkan bantuan pemindahan kecemasan (MEDEVAC) terhadap seorang kru di perairan Labuan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.35 malam.

Mangsa yang dilaporkan memerlukan rawatan apendiks dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan untuk mendapatkan bantuan.

Katanya, Pusat Operasi Zon Maritim Labuan dimaklumkan seorang kru kapal memerlukan bantuan pemindahan kecemasan ke darat untuk menerima rawatan akibat dari apendiks.

“Sepasukan anggota dan pegawai Bot Kilat 40 terus dikerah ke lokasi kapal berkenaan untuk memberikan bantuan.

“Bantuan kecemasan berkenaan adalah bagi membawa kru terbabit dari kapal berkenaan ke Jeti Zon Maritim Labuan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pesakit terbabit kemudiannya diserahkan kepada petugas kesihatan yang bersiap sedia menunggu di jeti berkenaan.

Sehubungan itu, Nudin berkata, sebarang kecemasan di laut boleh terus disalurkan melalui talian 999 atau hotline Maritim Malaysia di talian 03-89434001.

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui aplikasi whatsapp di talian 013- 2558539.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|