Banjir kilat landa beberapa kawasan di Putatan

Penampang: Hujan lebat dan angin kencang yang melanda daerah ini sejak beberapa jam lalu menyebabkan beberapa lokasi di Putatan dinaiki air.

Difahamkan, hujan lebat berkenaan turut mengakibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tombovo, di sini, dinaiki air.

Anggota APM bersama agensi JPBD menjalankan pemantauan di kawasan SK Tombovo yang dilanda banjir.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Putatan berkata, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah dikerahkan bagi memantau keadaan semasa.

Katanya, setakat ini, paras air Sungai Moyog masih berada dalam paras terkawal dan kini mencatatkan ketinggian 4.57 meter.

“Pihak APM Putatan sudah membuat pemantauan di beberapa kawasan ‘hotspots’ di daerah Putatan yang sering dinaiki air.

Antara kawasan yang dipantau oleh anggota APM dan agensi JPBD.

“Antara kawasan yang dipantau adalah Jalan Limpodsu-Tombovo, Jalan Ketiau dan Jalan Lembising,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga jalan berkenaan sudah dinaiki air hampir satu meter dan hanya boleh dilalui kenderaan besar atau pacuan empat roda.

Katanya, setakat ini, tiada jalannyang terputus dan tiada pusat pemindahan sementara yang dibuka.

“Sebarang perkembangan keadaan banjir di daerah ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya,

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|