Baki tiga pemain import Sabah FC diumum minggu depan

Baki tiga pemain import Sabah FC diumum minggu depan

Kota Kinabalu: Baki tiga kuota pemain import Sabah FC untuk melengkapkan senarai pasukan dalam saingan Liga Super musim ini dijangka diketahui pada minggu depan.

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata padukan bimbinganya itu memerlukan seorang atau dua penyerang import dan satu lagi sama ada di bahagian pertahanan atau tengah bagi mengimbangi kekuatan pasukan.

Ong Kim Swee. Pix Ihsan Sabah FC

Katanya, tiga pemain import yang akan diumumkan itu akan berada di Sabah selewat-lewatnya pada awal Februari depan bagi menjalani latihan bersama pemain lain sebelum aksi Liga Super 2022 bermula.

“Kalau tidak silap saya, ada satu lagi slot yang belum dipenuhkan, namun kita harus tunggu sehingga minggu depan untuk memutuskan senarai akhir pemain-pemain import kita,” katanya.

Antara aksi perlawanan persahabatan Sabah FC vs Kinabalu Jaguar FC yang berkesudahan seri 1-1 di Stadium Likas, malam tadi. Pix Ihsan Sabah FC

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan persahabatan menentang Kinabalu Jaguar FC (KJFC) di sini malam tadi.

Katanya, seorang daripada calon pemain import terbabit, Jason Romero sedang menjalani percubaan selama seminggu di Sabah, namun sama ada pemain itu terpilih atau tidak akan diketahui minggu depan.

Kim Swee berkata, beliau positif Sabah FC akan memperolehi tenaga pemain import yang berkualiti sekali gus dapat membantu pasukan meningkatkan kedudukan skuad Sang Badak itu.

Sebelum ini, Sabah FC sudah mengumumkan pemain import bagi kuota Asia dari Korea Selatan, Park Taesu dan kuota Asia Tenggara dari Indonesia, Saddil Ramdani kekal bersama Sabah pada musim ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|