Australia mahu kukuhkan hubungan dua hala dengan Sabah

Kota Kinabalu: Kerajaan Australia mahu mengukuhkan lagi hubungan dua hala di antara negara itu dengan Sabah dalam era pasca pandemik.

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Dr Justin Lee mengesahkan perkara itu pada pertemuan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, di sini, semalam.

Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Dr Lee pada pertemuan di Menara Kinabalu.

Antara isu yang dibincangkan pada pertemuan itu ialah berkaitan pelancongan dan hubungan ekonomi dua hala.

Dr Lee yang memulakan tugas sebagai Pesuruhjaya Tinggi Australia sejak Jun tahun lalu, berkata kerajaan negara itu menghargai hubungan yang sudah lama terjalin dengan negeri ini.

Beliau turut menyatakan harapannya agar kerjasama sedia ada dalam pelbagai bidang dapat diteruskan.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|