Atlet para Sabah genggam ijazah sarjana muda Ekonomi

Atlet para Sabah genggam ijazah sarjana muda Ekonomi

Kota Kinabalu: Atlet para Badminton Sabah, menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Sumber Manusia) Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-22, semalam.

Mohd Nasrun Mahadi, 27, yang berasal dari Semporna hadir ditemani kedua-dua orang tuanya.

“Walaupun saya mempunyai kekurangan diri, saya mahu buktikan kepada orang lain bahawa masalah tersebut tidak menghalang saya untuk berjaya.

”Sebenarnya, tempurung lutut sebelah kiri saya tidak membesar secara normal sejak berumur enam tahun lagi,” katanya ketika ditemui.

Nasrun berkata, dia baru sahaja kembali dari Kejohanan Para Badminton Sirkit Kebangsaan di Kuala Lumpur, sehari sebelum giliran graduan fakulti FPEP diraikan di pentas konvokesyen.

“Pada penghujung tahun ini, saya turut mewakil Sabah ke kejohanan Para Sukan Malaysia (SUKMA).

“Saya berharap, rakan-rakan kelainan upaya (OKU) di luar sana terus positif dan tidak berputusa asa dalam usaha mencapai impian yang ingin dikecapi,” katanya.

Nasrun anak ketiga daripada empat beradik turut membuat kerja sambilan sebagai pemandu kenderaan e-hailing di bandar raya ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|