Ancaman masih wujud – KPN

Ancaman masih wujud – KPN

Lahad Datu: Pihak berkuasa percaya ancaman terhadap kawasan perairan sekitar pantai timur Sabah masih wujud.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Abdullah Sani berkata, ancaman ini dilihat tidak akan terhenti berdasarkan hasil risikan dan pengumpulan maklumat walaupun kadar jenayah rentas sempadan sudah berjaya dikawal dengan baik.

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika merasmikan majlis berkenaan di Pos Pulau Tabawan, Lahad Datu.

Katanya, pihaknya sedia maklum, ancaman yang dihadapi di kawasan pantai timur Sabah tidak akan terhenti.

“Berdasarkan risikan dan pengumpulan maklumat, kita percaya setakat ini ancaman di pantai timur negeri ini masih wujud.

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyemat lencana Tiger kepada peserta kursus asas Tiger Platoon.

“Ia masih lagi wujud walaupun kita dapati bahawa keadaan keselamatan sudah mula terkawal walauou insiden pencerobohan semakin berkurangan samada pencerobohan mahupun jenayah rentas sempadan” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas Tiger Platoon Siri 1/ 2022 di Pos Pulau Tabawan, di sini, hari ini.

Persembahan demonstration oleh Tiger Platoon.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah.

Namun demikian, Acryl Sani berkata, latihan secara berkala yang dijalankan bersama pihak keselamatan negara Indonesia dan Filipina akan digunapakai dalam memastikan keselamatan serta sebarang kemungkinan.

“Pihak keselamatan Malaysia juga mewujudkan P2P “point to point” bagi “contact” antara unit PDRM dengan rakan sejawatan di negara jiran bagi tujuan pengongsian maklumat.

“Begitu juga degan latihan bersama negara jiran bukan saja Filipina bahkan juga indonesia akan tetap dijalankan secara berkala,” katanya.

“Kita sudah wujudkan P2P point to point bagi “contact” antara unit PDRM dengan rakan sejawatan di negara jiran bagi tujuan berkongsi maklumat, risikan dan kemahiran kerana kita mengatasi masalah yang sama” tegasnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|