Anak yatim, media diraikan dalam majlis berbuka puasa

Kota Kinabalu: Seramai 34 anak yatim dari Rumah Anak Yatim As Sakinah diraikan hari ini dengan majlis berbuka puasa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, bersama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Antara anak yatim dari Rumah Anak Yatim As Sakinah yang hadir turut menerima sumbangan yang disampaikan Shahelmey di SICC, Kota Kinabalu.

Dalam majlis itu, sumbangan turut disampaikan kepada wakil media sebagai penghargaan atas kerjasama yang diberikan kepada kementerian.

Merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat Rakyat DUN N24 Tanjung Keramat (OCN24) dengan turut meraikan tenaga kerja sukarelawan pusat berkenaan.

Shahelmey sementara itu ketika berucap di dalam majlis tersebut, menegaskan orang ramai dan termasuklah petugas media supaya terus mengekalkan disiplin pematuhan SOP, bagi mengelak penularan Covid-19 pada musim perayaan.

“Terutamanya pada Aidilfitri ini, di kala kita bergembira selepas berpuasa sebulan, kita perlu meningkatkan iltizam supaya terus berhati-hati dan peka dengan keadaan semasa.

” Ini supaya kes-kes penularan Covid-19 ketika musim perayaan boleh dielakkan, “katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|