Anak gajah mati dilanggar Perodua Viva

Anak gajah mati dilanggar Perodua Viva

Lahad Datu: Seekor anak gajah mati akibat dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Viva dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Lahad Datu – Sandakan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.16 pagi itu, anak gajah berkenaan mati di lokasi kejadian.

Bangkai anak gajah yang dilanggar di tepi jalan Kilometer 13, Jalan Lahad Datu – Sandakan.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu, Sylverter Saimin berkata, anak gajah berkenaan dikatakan sedang melintas jalan.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu kereta Perodua Viva tidak dapat mengelak lalu melanggar anak gajah berkenaan.

“Kakitangan JHL Lahad Datu telah melakukan post mortem kemudian menanam bangkai anak gajah berkenaan, hari ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemandu Perodua Viva seorang lelaki tempatan tidak mengalami kecederaan.

“Namun kereta Perodua Viva dipandu lelaki terbabit rosak di bahagian hadapan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|