Airasia ride lebar sayap ke Sabah

Airasia ride lebar sayap ke Sabah

Sepang: Perkhidmatan seru pandu atau ‘e-hailing’ airasia Super App, airasia ride akan melebarkan sayapnya ke Sabah dan dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, ketika ini airasia ride sedang menunggu kelulusan lesen daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah untuk beroperasi di negeri ini.

“Airasia ride akan mula beroperasi di Kota Kinabalu dijangka dalam masa terdekat. Sekarang tengah tunggu lesen saja kerana kita perlukan lesen untuk beropersi.

“Kita sudah mohon dan tinggal tunggu diluluskan saja, jadi kita jangka dilancarkan antara April atau Mei depan,” katanya pada sesi taklimat kepada media sempena pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April di ibu pejabat korporat AirAsia, RedQ, di sini, kelmarin.

Riad berkata, airasia ride adalah sebahagian daripada cabang perniagaan syarikat penerbangan AirAsia untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka.

“Kami komited dengan cawangan lain dalam memperkenalkan ekosistem termasuk kita mempunyai Teleport dan kargo kerana hampir dua tahun kita tidak membawa penumpang.

“Kita bawa kargo masuk ke Sabah dan Sarawak. Jadi tiada masalah dengan menggunakan Teleport yang berkembang sejak dua tahun lalu.

“Sekarang semua ini termasuk dalam airasia food, di mana-mana pun kita ada sambungan dengan yang lain secara sistematik bagi memastikan ekosistem itu lengkap,” katanya.

Beliau dalam pada itu mahu supaya AirAsia menjadi sebahagian dalam ekosistem mereka dan penumpang menggunakan perkhidmatan yang disediakan syarikat itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|