Kota Kinabalu: Mangsa banjir di Sabah kekal 55 orang di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Paitan dan Telupid setakat jam 5 petang ini.
Berdasarkan laporan semasa Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol di Paitan merekodkan seramai 20 mangsa membabitkan empat keluarga.
Di Telupid pula, seramai 20 mangsa masih ditempatkan di PPS Dewan Kampung Maau dan 15 mangsa lagi di Masjid Kampung Gana Jati.
Semalam, sebanyak enam PPS ditutup berikutan banjir di Kota Marudu, Pitas dan Sandakan pulih sepenuhnya.
-Deasoka