52 saman dikeluarkan, operasi PPM dan JPDS

Semporna: Sebanyak 52 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu membabitkan Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Pelabuhan Dermaga Sabah (JPDS) Semporna yang berakhir, semalam.

Operasi bersepadu yang dijalankan di sekitar perairan daerah Semporna selama dua hari itu adalah antara usaha memastikan aspek keselamatan laut sentiasa dipatuhi umum.

Pasukan Operasi mengeluarkan 52 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai pemadam api dan tidak memakai jaket keselamatan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintendan Mohamad Ismail berkata, tujuan utama operasi ini dijalankan adalah bagi menguatkuasakan undang-undang di perairan berkenaan.

Katanya, disamping itu ia juga bagi memperingatkan masyarakat maritim supaya sentiasa mementingkan keselamatan semasa di laut.

Antara kesalahan lain yang turut berjaya dikesan adalah lesen tamat tempoh serta membawa lebih penumpang.

“Operasi bersepadu kali ini mengeluarkan 52 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai pemadam api dan tidak memakai jaket keselamatan.

“Selain itu, antara kesalahan lain yang turut berjaya dikesan adalah lesen tamat tempoh serta membawa lebih penumpang,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Mohamad berkata, operasi ini juga adalah langkah pemantauan pematuhan dalam undang-undang mengikut Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002.

Sehubungan itu, Mohamad berkata, PPM amat menggalakkan masyarakat pesisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada pihaknya.

Katanya, maklumat boleh disalurkan menerusi aplikasi WhatsApp PPM Wilayah Empat Sabah di talian 013-9391197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga serta terkawal.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|