480 PATI Filipina dihantar pulang

480 PATI Filipina dihantar pulang

Sandakan: Seramai 480 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal mereka melalui Pelabuhan Sandakan di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff, berkata, semua PATI itu membabitkan 340 lelaki, 82 wanita, 50 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan lapan kanak-kanak berusia bawah 23 bulan.

PATI dihantar pulang dari Pelabuhan Sandakan menggunakan pengangkutan laut Feri MV Antonia terus ke Zamboanga, Filipina.

Katanya, semua PATI ini ditahan di Depot Imigresen Tawau sebelum dipindahkan menggunakan pengangkutan laut iaitu Feri MV Antonia terus ke Zamboanga, Filipina.

“Ini adalah program pemindahan pertama bagi November 2022 dan sehingga kini, jumlah keseluruhan tahanan PATI dari semua warganegara yang telah berjaya dipindahkan balik ke negara asal adalah seramai 4,658 orang.

JIM Sabah menghantar pulang seramai 480 warga Filipina ke negara mereka semalam.

“Jumlah ini merangkumi warganegara Filipina seramai 3,015 dan warganegara Indonesia seramai 1,427 dan diikuti lain-lain warganegara seramai 216,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

SH Sitti Saleha berkata, semua mereka ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara ini.

“Semua warga asing diingatkan supaya memastikan memiliki dokumen perjalanan sah dan permit kerja yang dibenarkan.

“Jabatan Imigresen Sabah akan terus melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|