36 kampung dilanda banjir di Beaufort

Beaufort: Sebanyak 36 kampung di sekitar daerah ini dilanda banjir berikutan limpahan air Sungai Padas yang melepasi paras bahaya, hari ini susulan hujan berterusan di kawasan hulu khususnya di daerah pedalaman sejak beberapa hari lalu.

Kampung terbabit ialah Batu 58, Batu 60, Batu 65, Jempangah, Binunuk, Balibata, Kuarters SEDB Beaufort, Kuarters Keereta Api, Kampung Melati, Lumatai, Kitalabak, Simpang Empat Chan Furniture, Bakalau dan Bingkul.

Anggota APM memantau lokasi dilanda banjir di sekitar daerah Beaufort. Pix ihsan APM

Selebihnya ialah Kampung Luagan Sanginan, Laboi, Melalugus, Mempagar, Limbawang, Lajau, Lubak, Batandok Lubak, Poring lupak, Kampung Lupak, Tuhu, Lupak Seberang, Sungkadan, Beringin, Lago, Suasa, Kukup, Jabang, Pintas, Mapait, Labi dan Gadong.

Berdasarkan laporan Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sungai Padas berada pada paras 8.95 meter setakat jam 10 pagi tadi berbanding paras bahaya 8.7 meter dari paras laut.

Banjir turut menjejaskan lapan laluan utama di sekitar daerah ini iaitu Jalan Kampung Binunuk, Jalan Kampung Balibata, Jalan Kampung Laboi – Luagan Sanginan, Jalan Kampung Bingkul – Kolej Komuniti, Jalan Kampung Suasa, Jalan Kampung Lago, Jalan Kampung Pintas dan Jalan Simpang Empat Chan Furniture.

Tiga sekolah iaitu Sekolah Agama Negeri (SAN) Suasa, Sekolah Kebangsaan (SK) Lago dan SK Suasa turut ditutup akibat banjir.

Bagaimanapun, jurucakap APM Beaufort berkata belum ada pusat pemindahan mangsa banjir dibuka setakat ini.

“APM Beaufort menggerakkan Skuad Delta keluar memantau di kawasan ‘hotspot’ banjir berikutan peningkatan paras air sungai yang mendadak,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|