129 hektar diwarta rizab Kampung Beringgis dan Kawang

Papar: Kerajaan negeri mewartakan 129.04 hektar tanah sebagai rizab kampung di Kampung Beringgis dan Kampung Kawang, di sini.

Hajiji menyerahkan cek RM2 juta kepada Juil untuk pembinaan dewan masyarakat di Limbahau, Papar.

Daripada keluasan berkenaan, 48.1 hektar diwartakan di Kampung Beringgis, manakala 80.937 hektar di Kampung Kawang.

Surat pewartaan tanah terbabit diserahkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kepada Pegawai Daerah Papar, Hadzlan Jabli pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulanhaidar Khan Bahadar di Kampung Pengalat Besar, di sini, hari ini.

Hajiji menyampaikan surat pewartaan Kampung Beringgis dan Kawang kepada Hadzlan.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyerahkan replika cek RM600,000 kepada Pengetua Sekolah Menengah (SM) St Joseph, Jenith Mahibol dan RM2 kepada ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim.

Kedua-dua peruntukan itu daripada kerajaan negeri itu disalurkan untuk pembinaan bangunan baharu sekolah dan dewan masyarakat di Limbahau.

Hajiji menyerahkan cek RM600,000 kepad Jenith untuk pembinaan bangunan to SM St Joseph Papar.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, Mohd Tamin Zainal yang juga ADUN Pantai Manis; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong; Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Bernard Liew dan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Pantai Manis, Datuk Johnny Mositun.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|