119 OKU, 46 asnaf dirai pada Majlis Iftar Perdana

Kota Kinabalu: Seramai 119 orang kelainan upaya (OKU) dan 46 asnaf diraikan pada Majlis Iftar Perdana Bersama OKU dan Asnaf di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, hari ini.

Majlis yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor itu dianjurkan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBRKK) sempena Ramadan yang pada tahun ini memasuki tahun keenam.

Hajiji menyaksikan penyerahan sumbangan Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS kepada Akademi QurANIS Al-Mubarak.

Hajiji turut menyampaikan duit raya kepada pelajar anak istimewa, warga OKU, golongan asnaf dan pelajar Akademi QurANIS Al-Mubarak.

Beliau juga menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM40,000 daripada Bahagian Zakat dan Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Akademi QurANIS Al-Mubarak.

Hajiji menyampaikan duit raya kepada anak-anak istimewa, OKU dan golongan asnaf.

Majlis Iftar Perdana itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang awam dalam menyantuni anak-anak istimewa warga OKU dan golongan asnaf, di samping memberi kesempatan untuk bersedekah para bulan Ramadan.

Hadir sama ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Arif; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Yakub Khan; Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Saifulzaman Sangul; Setiausaha MUIS, Ramlan Awang Ali dan Pengerusi MBRKK, Datuk Ab Jamal Tun Sakaran.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|