Zon Tengah, sedia beri saingan Piala BMR

Zon Tengah, sedia beri saingan Piala BMR

Telupid: Pasukan Zon Tengah sedia beri saingan sengit dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Bung Moktar Radin (BMR) bermula, Jumaat ini.

Untuk rekod, Pasukan zon tengah terdiri daripada daripada SAFA Daerah Telupid, SAFA Daerah Ranau dan SAFA Daerah Tongod.

Pengurus Pasukan I, Marcelus Jaffrey berkata, beliau amat yakin dengan kemampuan pasukannya untuk merebut kejuaraan berkenaan hasil persiapan yang dilakukan sebelum ini.

Katanya, pasukan yang dikendalikan ketua jurulatih Sylvester Doinie itu dibantu barisan kejurulatihan yang amat komited dan berkerja keras untuk mencapai kejayaan.

“Kita berharap, semua pemain yang terpilih dapat menterjemahkan kerja keras mereka kepada keputusan positif untuk diri, keluarga, pasukan, daerah dan zon.

“Saya melihat semangat pemain sangat positif. Keyakinan ini tidak bermakna kita memandang rendah pasukan lain yang sudah tentu akan cuba untuk memberikan saingan terbaik dalam kejohanan ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Marcelus berkata, warga zon Tengah yang berada di sekitar Kota Kinabalu juga dijemput untuk datang memberikan sokongan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, Pengerusi Zon Tengah, Tommy Amir turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Marcelus, Mohd Hisyamuddun Harun (SAFA Ranau) dan Erick Ukil (SAFA Tongod) serta semua yang terlibat.

Katanya, ini adalah pasukan mantap yang dibina hasil gabungan tiga daerah untuk membentuk zon tengah dalam saingan Piala BMR.

“Selain memburu kejuaraan, apa yang lebih penting, akan ada pemain dari zon tengah yang terpilih untuk mewakili Sabah dalam Piala Belia dan Piala Presiden 2022,” katanya.

Berikut adalah senarai pengurusan dan pemain pasukan zon tengah:-

Pasukan BMR Cup 2021 Zon Tengah

Pengerusi zon tengah: Tommy Amir
Pengurus I: Marcellus Jaffery
Pengurus II: Mohd Hisyamuddun Harun
Pengurus III: Erick Ukil
Ketua Jurulatih: Sylvester Doini
Penolong Jurulatih: Affendy Lasiman dan Yonathan Ak Unyan
Jurulatih Kecergasan: Roy Eljin Pongok
Jurulatih Penjaga Gol: Austin Orou
Fisioterapi: Ricky John
Pegawai Khas Pasukan: Roger Dagok, Paiman Sabitang

Pemain: Ezlan Sintong, Mohd Haziq B.Jaffry, Oliver Ong Daniel, Pressley Paulus, Mohd Shuib B. Roslee, Muhammad Firdaus, Alvin Imanuel Judas, Aeron Ronny, Frank Chrisolive Iap, Charloss Amin, Zinelee Jumin, Mohd Zul Haqeem Bin Zul Abidin, Addre Andrea, Mohamad Haikal Rizal, Malvinzi Saimon, Datrydalye Paring, Dellnynsean Benard, Ezack Isaac, Vickey Syukri, Linentelsand Rudini, Suhardie Sharifuddin, Michael Owen Ekong, Adlee James dan Rikwin Siroh.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|