Umno Sabah akan terus perkasakan media sosial

Umno Sabah akan terus perkasakan media sosial

Kuala Lumpur: UMNO Sabah akan terus memperkasakan penggunaan media sosial dalam memastikan penyampaian maklumat parti lebih efisyen dari peringkat atas hingga ke akar umbi.

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Raime Unggi berkata, parti perlu memanfaatkan penggunaan media sosial dalam menyalurkan maklumat yang benar mengenai parti dalam era dunia baru ketika ini.

Katanya, penggunaan teknologi media sosial amat penting kerana ianya adalah kaedah yang lebih cepat untuk menyebarkan informasi termasuk dalam menghakis berita yang tidak benar.

“Apa yang penting, kita dapat menyampaikan maklumat mengenai perjuangan supaya apabila tiba pilihanraya nanti, rakyat menyakini dan terus menyokong parti.

“Hari ini, kejayaan wakil pemidato UMNO Sabah juga cukup membanggakan dan ini adalah salah satu elemen penting dalam penyampaian periuangan parti,” katanya ketika ditemui selepas Pidato Piala Presiden UMNO di Auditorium UMNO, WTC Kuala Lumpur, hari ini.

Raimi berkata, beliau berharap UMNO Sabah akan terus dapat melahirkan pemidato terbaik seperti apa yang ada ketika ini.

Katanya, bakat seperti ini akan dapat digunakan dalam menjawap isu-isu ataupun memberi penjelasan bukan saja di media sosial seperti facebook dan aplikasi tiktok tetapi juga syarahan secara bersemuka.

“Rakyat di peringkat akar umbi akan lebih mudah untuk memahami dan setiap mesej yang ingin disampaikan.

“Kita juga amat yakin rakyat Malaysia hari ini semakin bijak dalam menilai setiap maklumat yang disalurkan kepada mereka menerusi media sosial,” katanya.

Raimi berkata, beliau berharap api perjuangan di peringkat atasan akan dapat disemarakkan dan sampai kepada akar umbi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|