Ubahsuai ekzos, tiga kenderaan disita

Ubahsuai ekzos, tiga kenderaan disita

Labuan: Tiga kenderaan yang membuat pengubahsuaian ekzos disita selepas ditahan dalam operasi Op Samseng Jalanan yang dijalankan di daerah ini, 5 September lalu.

Dalam operasi jam 10.45 malam itu, ketiga-tiga kenderaan jenis Honda Civic dan Proton Satria Neo itu kemudiannya dirujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Ahmad Jawila berkata, hasil pemeriksaan mendapati ekzos kenderaan berkenaan diubahsuai dengan melakukan penyambungan terus ke bahagian enjin menyebabkan bunyi bising.

Katanya, semua pemilik kenderaan berusia 22gingga 42 tahun itu diberikan notis larangan penggunaan sesebuah kenderaan berkuatkuasa 17 September depan dan diarahkan untuk mengembalikan kepada keadaan asal

“Ketiga-tiga kenderaan dirujuk kepada pihak JPJ untuk ujian dan larangan penggunaan kenderaan mengikut Seksyen 59 Akta Prngangkutan Jalan 1987.

“Ini adalah susulan operasi samseng jalanan yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Jawila berkata, bagi kesalahan ubahsuai ekzos, pesalah boleh dikenakan demda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih enam bulan.

ketiga-tiga kenderaan turut disiasat mengikut Seksyen 64(1) akta sama kerana disyaki melanggar akta dan terma lesen kenderaan motor serta bagi mengelakkan kesalahan sama berulang.

Selain itu katanya, salah seorang pemandu juga dikenakan saman mengikut Seksyen 26(1) AktaPengangkutan Jalan selepas didapati tidak memiliki lesen memandu.

Sehubungan itu, Jawila menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan dan tidak mengubahsuai kenderaan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|