Tongkang tersadai akan ditarik ke kawasan laut lebih dalam

Tongkang tersadai akan ditarik ke kawasan laut lebih dalam

Kota Kinabalu: Tongkang yang tersadai di tebing laut di Tanjung Lipat, di sini, dijadualkan akan ditarik ke kawasan laut lebih dalam sekitar jam 3 petang ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, perkara berkenaan sudah dibincangkan antara Jabatan Pelabuhan dan pemilik tongkang berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati tongkang berkenaan sedang dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Miri.

“Namun, disebabkan keadaan ombak dan angin kuat tongkang berkenaan terpaksa mendapatkan perlindungan di kawasan Teluk Likas, di sini.

“Bagaimanapun, tali tunda tongkang berkenaan terputus sehingga menyebabkannya hanyut sehingga terdampar di pesisir laut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kapal berkenaan sudah berlabuh di kawasan ini sejak 5 Oktober lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi tadi, ramai pengunjung terkejut selepas mendapati tongkang berkenaan tersadai di tebing laut di kawasan berkenaan.

Keadaan itu membuatkan ramai pengunjung mengambil kesempatan untuk mengambil gambar sehingga tular di media sosial

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|