Tiga termasuk seorang pengedar dadah ditahan

Tiga termasuk seorang pengedar dadah ditahan

Papar: Tiga lelaki ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, semalam.

Semua lelaki berusia 20 hingga 40-an itu ditahan termasuk seorang pengedar dadah yang dikesan aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar daerah Papar.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, kejayaan tangkapan ini adalah salah satu usaha PDRM, khususnya IPD Papar.

Katanya, ia adalah usaha berterusan pihaknya dalam usaha mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar.

“Ketika ditahan, hasil pemeriksaan suspek pengedar dadah terbabit dikesan memiliki dadah seberat 10.30 gram.

“Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Batholomew berkata, dua lagi suspek disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 selepas didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine.

Sehubungan itu, Batholomew menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah supaya disalurkan kepada pihak PDRM, IPD Papar khususnya untuk tindakan segera.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|