Tetap teguh bersama GRS: Bung

Tetap teguh bersama GRS: Bung

Kota Kinabalu: “Kita masih bersama GRS, tetap mempertahankan mandat rakyat pada PRN lalu,” demikian kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung isu semasa melibatkan penarikan sokongan UMNO Pusat kepada Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, pihaknya telah bertemu dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan menyatakan pendirian berkenaan.

Jelas Bung Moktar, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih kekal berfungsi dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela.

“Kita tetap mempertahankan GRS dalam menghormati mandat rakyat Sabah selepas PRN yang lalu.

“Kerajaan GRS tetap kekal berfungsi bagi menjalankan tugas demi rakyat Sabah,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut Bung Moktar, setakat ini beliau tidak mahu mengulas sebarang perkembangan semasa yang berlaku di ibu negara memandangkan Sabah, setakat ini, terus menjadi keutamaan.

Terdahulu, semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan sokongan parti itu kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Keputusan terbabit diputuskan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|