Sidang DUN Sabah: Bajet Sabah 2022, belanjawan konservatif

Sidang DUN Sabah: Bajet Sabah 2022, belanjawan konservatif

Kota Kinabalu: “Kerajaan Negeri seharusnya tampil dengan belanjawan progresif khas Pasca Covid-19 bagi memulih dan membangkitkan semula ekonomi rakyat,”

Demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang menyifatkan Belanjawan Sabah 2022 adalah Belanjawan yang berbentuk konservatif.

Ewon berkata, belanjawan yang diumumkan lebih kurang sama dengan belanjawan-belanjawan yang dibentangkan pada tahun-tahun sebelumnya.

Katanya, beliau mengharapkan belanjawan negeri kali ini dapat mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi rakyat Sabah pasca pandemik Covid-19.

“Ia juga seharusnya cenderung kepada peluang memperkenalkan agenda-agenda reform untuk ‘resetting’ ekonomi Sabah.

“Bagaimanapun, ianya tidak terserlah dalam belanjawan yang telah dibentangkan berkenaan,” katanya perbahasan sidang DUN, hari ini.

Ewon berkata, kerajaan negeri dicadangkan supaya tampil dengan belanjawan khas yang lebih progresif dan agresif bagi memulih dan membangkitkan semula ekonomi rakyat Sabah.

“Dalam ucapan perbahasan, saya mencadangkan Belanjawan Khas Pasca Pandemik Covid-19 khusus untuk melaksanakan projek-projek bersifat “game-changer” kepada rakyat khususnya di luar bandar.

“Ini termasuk projek menaiktaraf jalan-jalan perhubungan luar bandar; projek menaiktaraf kemudahan dan fasiliti kesihatan dan sekolah; dan projek menaiktaraf bekalan air dan elektrik termasuk melalui kaedah
alternatif serta liputan telekomunikasi,” tegasnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|