Sambutan Pesta Kaamatan cetus kluster baharu

Sambutan Pesta Kaamatan cetus kluster baharu

Kota Kinabalu: Sabah merekodkan satu kluster baharu Covid-19 yang berpunca daripada sambutan Hari Kaamatan pada 31 Mei lalu.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kluster yang dikenali sebagai Kluster Kionsom Kecil mula dikesan pada 9 Jun lalu melalui saringan bergejala di JMC, Kota Kinabalu.

Katanya, kes indeks ini membabitkan seorang lelaki berusia 31 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) untuk rawatan dan isolasi selepas disahkan positif ujian RT-PCR (PCR).

“Susulan kes itu, seramai 86 kontak rapat menjalani ujian saringan Covid-19 pada 12 hingga 13 Jun.

“Setakat ini, Kluster Kionsom kecil merekodkan jumlah kumulatif sebanyak 40 kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata, Sabah hari ini mencatatkan pertambahan 184 kes positit Covid-19.

“Jumlah kes pada hari ini menunjukkan trend penurunan selepas beberapa hari berada di atas paras 200 kes jangkitan baharu hari.

“Hari ini juga, tiga kes kematian direkodkan iaitu dua di Tawau dan satu di Semporna,” jelasnya.

– Deasoka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|