Sabah sedia lebih 3,000 hektar tanah tanam avocado

Sabah sedia lebih 3,000 hektar tanah tanam avocado

Keningau: Kerajaan negeri memperuntukkan kawasan seluas lebih 3,000 hektar tanah di antara Tenom dan Sipitang untuk penanaman avocado secara komersial.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini adalah antara beberapa usaha yang diambil kerajaan untuk meningkatkan
pertumbuhan ekonomi sejajar dengan aspirasi hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kita akan menerokai sebanyak mungkin projek pembangunan yang akan
menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi kita,” katanya selepas mendengar taklimat pembangunan oleh Pegawai Daerah Keningau, Walter Kenson, sempena lawatan kerjanya ke daerah itu, hari ini.

Hajiji dalam pada itu menyatakan kegembiraannya kerana SMJ dijadikan garis panduan dalam pelan pembangunan daerah itu.

“Saya berasa gembira melihat pelan komprehensif untuk Keningau. Kerajaan
negeri melihat Keningau sebagai hab pembangunan pedalaman kerana
potensi besarnya untuk memgembangkan pertanian,” katanya.

Terdahulu, beliau meluluskan peruntukan berjumlah RM3 juta termasuk untuk naik taraf jalan Holy Family Church Nulu Sosopon, di sini.

“Sebanyak RM1.5 juta peruntukan telah diluluskan untuk naik taraf Jalan Nulu
Sosopon.

“Baki peruntukan itu adalah untuk pembaikan Jambatan Kauran, tebing Sungai Kauran dan juga untuk mangsa banjir di kawasan Kauran,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|