Ruddy tempelak Junz hipokrit isu tidak diberi peluang berbahas di DUN Sabah

Ruddy tempelak Junz hipokrit isu tidak diberi peluang berbahas di DUN Sabah

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Ruddy Awah hari ini menempelak sikap ‘hipokrit’ segelintir wakil rakyat pembangkang yang mendakwa tidak diberi peluang untuk berbahas dalam sesi perbahasan di Sidang DUN Sabah, semalam.

Beliau berkata demikian ketika membalas tohmahan daripada ADUN Tanjung Aru daripada Parti Warisan, Datuk Junz Wong yang mendakwa dinafikan peluang berbahas seperti status dimuat naik dalam laman Facebook, hari ini.

Jelas Ruddy, apa yang berlaku sebaliknya pihak pengelola DUN telah memaklumkan dengan notis bahawa sesi perlu dihabiskan pada sekitar jam 3.30 petang atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Malah, ketika mereka dipanggil untuk berbahas dalam sesi sidang, kebanyakkan daripada mereka (wakil pembangkang) tidak berada di dalam dewan.

“Sepatutnya, Yang Berhormat jelas terhadap perkara ini bukannya menuduh sebarangan bahawa kerajaan GRS sengaja tidak memberikan peluang kepada mereka berbahas selain memberikan maklumat kurang tepat kepada umum di media sosial,” katanya.

Terdahulu, Junz dalam satu status dimuatnaik dalam Facebook beliau mendedahkan GRS menafikan peluang kepada ramai wakil rakyat untuk berbahas dengan menjelaskan terdapat Peraturan Tetap 21(1)(a) DUN Sabah boleh bersidang sehingga 5.15 petang semalam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|